Sebarang Komen, Cadangan, Info Klik/Email Kepada:

www.UsahawanBaru.com

usahawanbaru1w@gmail.com

Tuesday, November 17, 2009

Kupasan SYARIKAT HARI INI... Uji Minda Anda ! Cari Rahsia Kejayaan Mereka!




RAHSIA KEJAYAAN MYDIN?

Pendapat sendiri:
1. Proaktif mengambil peluang
2. Perniagaan Dengan Margin Keuntungan Yang Tinggi membolehkan syarikat membuka peluang perniagaan kepada orang lain
3. Memahami dan Mengambil Berat Kehendak pelanggan
4. Membuka peluang perniagaan kepada orang lain (tukar Lawan kepada Kawan). perkembangan perniagaan pelanggan secara tidak langgung meningkatkan perniagaan sendiri
5.mengimport sendiri produk-produk mereka

Apa Pendapat Anda?

KLIK ---->comments<---- UNTUK MEMBERI PENDAPAT



TIPS PERNIAGAAN? Y Bhg Dato' Ameer Ali Mydin (MYDIN MOHAMED & SONS) Satu Perkongsian Ilmu...


BUAT 
  •  Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.
  • Anda belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.
  • Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.
  • Seseorang usahawan itu mesti 'hands-on' dalam mengusahakan perniagaan.
  • Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati.
  • Anda perlu menunjukkan kepada kakitangan anda yang anda faham dan tahu serba serbi tentang perniagaan anda. Ini menjadikan mereka tidak berani berbohong atau menipu anda.
  • Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain.
  • Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu (seperti pinjaman bank, lesen-lesen), sebutharga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.
  • Rancanglah perkara-perkara diluar jangkaan anda.Mengikut hukum Murphy, banyak perkara boleh berlaku secara tidak dijangka, hanya anda cuma perlu bersedia untuk menghadapinya.
  • Ambil insuran untuk melindungi stok, mesin pembayar (cash register), tunai runcit, komputer, sistem amaran dan apa-apa yang perlu diinsurankan.
  • Sentiasa berwaspada dengan risiko perniagaan seperti cap dagangan, bomba, bandaraya dan isu-isu pasar malam.
  • Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda.
  • Anda perlu berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap diri anda.
  • Amalkan etika perniagaan yang baik.Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan ia akan mempermudahkan kawalan dan pemantauan ke atas perniagaan anda.


ELAK
  • Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan.
  • Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara tidak penting ini.
  • Dalam perniagaan, jangan bersikap terlalu baik hati. Dalam kehidupan, anda tidak boleh terlalu baik dengan orang lain.
  • Anda perlu prihatin terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaeadah.
  • Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi.
  • Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda.
  • Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik.
  • Dalam perniagaan, berhati-hati dengan nisbah keumpilan. Nisbah keumpilan penting kerana pinjaman mempunyai kadar bunga. Jangan gunakan aliran tunai dari pinjaman bank.Simpanlah untuk kegunaan masa hadapan.

Pengalaman sendiri.. pernah jugak melakukan kesilapan yang dinyatakan dalam tips ni..
  1. Gaji staf terlebih.. Paling baik, Bagi gaji Basic rendah + Komisyen jualan Tinggi.. agak berkesan..
  2. Pemilihan Lokasi Mahal.. Berjimat cermatlah diawal perniagaan.. Paling baik, Belanjakan modal untuk iklan/bainer/bunting/kupon/flyer pelanggan akan datang..
  3. Terlalu baik bab Hutang.. Elak elak elakkan memberi hutang,ia memberi kesan yang teruk keatas pusingan modal, kecuali kita buat bisnes ALONG.. Paling baik, Minta lah rakan-rakan memahami yang kita kekurangan modal untuk memberi hutang, mereka akan faham.. 

Ada Pendapat Tentang Tips Ini?

KLIK ---->comments<---- UNTUK MEMBERI PENDAPAT 

 

    USAHAWAN CACING? PENTERNAK? PEMBEKAL? Satu perkongsian pengalaman




    PERNAH MENTERNAK CACING?
    USAHAWAN CACING BERJAYA?
    JEJAK KEJAYAAN USAHAWAN CACING?
    PERKARA YANG BOLEH MENGGAGALKAN ANDA SEBAGAI USAHAWAN CACING?
    PELUANG? PROMOSI PRODUK ANDA?



    KLIK ----> comments<---- UNTUK MEMBERI PENDAPAT 



    MLM? SEJAUH MANAKAH ANDA BERJAYA? Satu perbincangan.....



    ANDA BERJAYA?
    ADA KAEDAH UNTUK BERJAYA?
    LANGKAH-LANGKAH KEJAYAAN?

    ANDA HANYA JADI ORANG BAWAH?
    TOLONG ORANG TIPU ORANG? 
    BUANG DUIT?

    Pernah Jugak Masuk 2-3 MLM.. Semua gagal..
    Leader MLM kata kalau masuk untuk jual barang memang akan gagal..
    Masuk mesti kena cari orang.. Ada MLM mesti kena cepat2 masuk.. Jadi orang atas/mula2.. Apa-apa pun.. Kebanyakannya Cina Jadi Tokey MLM Org Melayu Paling Ramai Jadi Ahli MLM.. Kenapa? Hmm Kalau Ikut Pendapat Sendiri Orang Melayu Paling Teruk Mengalami
    SINDROM KAYA CEPAT-GOYANG KAKI DUIT DAPAT-LAST2 MEREMPAT

    anda ada pendapat sendiri?
    KLIK ----> comments <---- UNTUK MEMBERI PENDAPAT